comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat di beberapa kawasan di Kuching akibatkan banjir kilat

Foto: NSTP

KUCHING: Hujan lebat yang melanda keseluruhan bandar raya ini sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Ia membabitkan antaranya kawasan pusat bandar raya, Matang Jaya, Tabuan serta beberapa kawasan di Batu Kawa.

Foto: NSTP

Bagaimanapun, setakat ini tiada rumah penduduk terjejas apabila air hanya naik di jalan raya.

Turut terkesan akibat hujan lebat itu tapak Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya.

Loading...
Terkini