comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, ribut petir di 10 negeri sehingga jam 5 petang ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang di 10 negeri termasuk seluruh Pulau Pinang selain ibu kota sehingga jam 5 petang ini.

Agensi itu dalam hantaran sebentar tadi turut mengeluarkan amaran cuaca itu bagi Kedah membabitkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim); dan Dungun di Terengganu.

Selain itu, katanya, amaran sama dikeluarkan bagi Pahang membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin; Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Jempol) dan kawasan Segamat, Kluang, Pontian dan Kulai di Johor.

“Amaran hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang turut dikeluarkan bagi kebanyakan kawasan di Sarawak termasuk Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang manakala Sabah membabitkan daerah pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau,” katanya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Susulan itu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini