comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri hingga 7 malam ini

Foto hiasan

PETALING JAYA: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal membadai ibu negara, selain Putrajaya, Perlis dan Melaka sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran memaklumkan, cuaca sama juga diramal berlaku di beberapa kawasan di Kedah meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Selain itu, cuaca sama diramal di Perak membabitkan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang manakala Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).

“Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang turut diramal di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut; Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin); selain Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

“Di Sarawak pula, cuaca sama diramal di kawasan Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis),” jelasnya.

METMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini