comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, ribut petir di 10 negeri, dua wilayah sehingga lima petang

KUALA LUMPUR: Hujan lebat serta ribut petir diramalkan melanda 10 negeri dan dua wilayah sehingga jam lima petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di X memaklumkan kawasan yang terbabit di Kedah adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak pula kawasan yang terbabit adalah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Kelantan pula membabitkan, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang dan di Terengganu kawasan yang terbabit adalah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” katanya.

Katanya lagi di Pahang pula kawasan yang terbabit adalah Jerantut dan di Selangor kawasan yang terbabit adalah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Kawasan yang terbabit Negeri Sembilan adalah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin dan di Johor pula Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

“Di Sarawak pula Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah,” katanya.

Turut dilanda ribut petir dan hujan lebat ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini