comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, ribut petir di Perak, Selangor, Melaka dan Johor

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi laman X memaklumkan, keadaan hujan lebat diramal di Perak, Selangor, Melaka dan Johor.

Di Perak,  ia membabitkan di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Selain Melaka di Jasin serta Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Hujan lebat berterusan tahap waspada diramal melanda seluruh Terengganu hingga Ahad

“Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Loading...
Terkini