comscore
Tumpuan :
Nasional

Ibu bapa bayi lemas di sungai masih bersedih kehilangan anak sulung kesayangan 

ALOR SETAR: Pasangan suami isteri yang kehilangan bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan akibat lemas di Sungai Ketil, Lubok Pedati, Baling semalam masih bersedih dengan kejadian yang menimpa anak mereka.

Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, buat sementara waktu ini, ibu bapa bayi itu belum bersedia memberi sebarang kenyataan kepada media kerana masih bersedih dengan kejadian yang menimpa anak sulung kesayangan mereka itu.

“Apa yang dilaporkan media semalam, itu yang berlaku. Apapun arwah sangat baik,” katanya di sini hari ini.

Jenazah bayi itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk tujuan bedah siasat.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bayi lemas terlepas daripada pegangan bapa

Difahamkan, datuk dan nenek bayi itu serta ahli keluarga mangsa turut berada di tempat kejadian.

Dalam kejadian 11.50 pagi semalam, bayi lelaki terbabit, Adryan Mikhail Muhammad Afiq ditemukan lemas selepas terjatuh ketika menaiki pelampung ditemani bapanya.

Mangsa dipercayai terlepas daripada pegangan bapanya sebelum dihanyutkan air sungai hingga ke Kampung Sungai Limau.

Loading...
Terkini