comscore
Tumpuan :
Nasional

Ibu bapa mahu anak jadi menteri antara punca remaja murung

Foto hiasan

Oleh Amirulhakim Lokman 

KUALA LUMPUR:  Wilayah Persekutuan menjadi negeri paling ramai penduduknya mengalami masalah kemurungan tahun lalu.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, ia hasil saringan kesihatan mental terhadap 336 ribu 900 orang .

“Dan sebab sebabnya ialah seperti yang kita ketahuilah wilayah ni kos sara hidupnya agak tinggi kemudian golongan b40 juga ramai di dan kita ramai menemui miskin bandar di wilayah dan masalah perhubungan. masalah perhubungan ini contohnya tekanan daripada ibu bapa yang mahu anaknya mungkin jadi menteri ye. Stress anak-anak, perhubungan dengan rakan sebaya dan jugak mungkin poerhubungan dengan teman di antara sebab sebab kenapa di wilayah ramai mereka yang mengalami
masalah kemurungan dan anxiet” katanya di dewan rakyat.

Justeru jelasnya, bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda, KKM telah menyediakan perkhidmatan di 1,161 klinik kesihatan, 58 hospital, 34 pusat kesihatan mental masyarakat dan 4 institusi mental.

Ia meliputi aspek promosi, pencegahan, pengesanan awal dan rehabilitasi.

Loading...
Terkini