comscore
Tumpuan :
Nasional

Isteri hilang 13 hari, jurutera buntu

Oleh Ain Shafiqah Zaki 

PUCHONG: ‘Pulanglah, anak-anak rindukan awak’.

Demikian rintihan seorang jurutera yang mahu dikenali sebagai Liew, 57, apabila isterinya menghilangkan diri sejak 26 Mei lalu.

Difahamkan Ng Saw Hoon, 56 tahun keluar dari rumah di Pusat Bandar Puchong, di sini pada pagi hari kejadian.

Mangsa juga kali terakhir dilihat melalui kamera litar tertutup menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menurutnya lagi, tiada perselisihan faham antara kedua-dua mereka sebelum ini namun isterinya sempat menitipkan kata-kata kecewa dengan dirinya melalui peti simpanan suara selain meminta agar beliau menjaga anak mereka.

“Selepas 24 jam kehilangan isteri dan usaha mencarinya tidak berhasil, saya membuat laporan di Balai Polis Puchong,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Bahagian Puchong di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Bahagian Puchong, Jimmy Chew Jyh Gang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Saw Hoon supaya menghubungi Liew di talian 011-69545856 atau Jimmy Chew 012-2781399.

Loading...
Terkini