comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Isteri risau kalau saya dan dia meninggal, siapa mahu jaga anak OKU’

Syaifol Bahari (berkerusi roda) yang cedera di kaki dan badan dalam kemalangan di Jalan Jerantut-Maran semalam ditenteramkan oleh ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Jerantut. FOTO: NSTP

JERANTUT: Wanita yang maut bersama anaknya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) dalam nahas di sini semalam ada menyatakan kegusaran tentang siapa yang akan menjaga anaknya jika dia meninggal dunia.

Suami Norazlina, Syaifol Bahari Idris, 50, berkata, isterinya bertanyakan hal penjagaan anak mereka, dua hari lalu.

“Sebelum masuk tidur dua hari lepas, isteri risau kalau saya dan dia (isteri) meninggal dan siapa yang mahu menjaga anaknya seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

“Saya jawab kepadanya, ‘kalau kita tiada ada orang yang hidup akan menjaga anak kita. kalau saya mati, awak (isteri) akan menjaga, begitulah selalunya yang berlaku’.

“Apabila diingatkan balik, pelik apabila ditanya begitu. Rupanya dia (isteri) dijemput Ilahi dan bersama anak sekali,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Jerantut (HJ).

Norazlina, 44, meninggal dunia bersama anak syurganya, Nur Harina Fatihah Syaifol Bahari, 21, dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM18, Jalan Jerantut-Maran, berdekatan Sungai Salan, di sini semalam.

Turut maut selain dua beranak itu adalah pemandu sebuah lagi kenderaan, Suhaimi Abd Rahman, 42.

Syaifol Bahari yang juga pemandu ambulans di HJ berkata, walau berhadapan kehilangan dua orang tersayang serentak, dia tetap reda dengan ketentuan Allah.

“Nur Harina anak tunggal kami, saya reda dengan kejadian ini. Jenazah kedua-duanya akan dikebumikan di sebelah pusara ibu mentua yang meninggal enam bulan lepas di Felda Jengka 16,” katanya.

Syaifol Bahari yang cedera dalam kemalangan kira-kira 6 petang itu memaklumkan mereka tiga beranak dalam perjalanan pulang selepas menziarahi orang meninggal dunia di Felda Jengka 13 dan singgah di rumah keluarga di Felda Jengka 16.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini