comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu buang beras, sardin: Tapak pelupusan sampah dibina tanpa kebenaran ditutup

KUANTAN: Tapak pelupusan sampah di Jalan Pintas Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau di Temerloh yang tular di media sosial sejak semalam, susulan kes pembuangan beras, sardin dan tepung ditutup, hari ini.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang Sharudin Hamid berkata, penutupan itu dilaksanakan dengan memasang pita penghalang dan papan tanda amaran larangan membuang sampah haram di lokasi kejadian.

Katanya, pelaksanaan penguatkuasaan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan kerana tapak pelupusan sampah itu dibina tanpa kebenaran.

“Difahamkan tapak pelupusan ini sudah beroperasi sejak 2014 dan ia tidak mendapat kebenaran daripada SWCorp.

“Ketika ini, siasatan lebih kepada pelaku yang membuang barang keperluan seperti beras, sardin dan tepung itu walaupun ada pihak yang mengaku melakukannya.

“Pada masa sama, siasatan juga dilakukan terhadap pihak yang menyediakan tapak pelupusan itu yang dibina tanpa kebenaran,” katanya pada sidang media di pejabat SWCorp Pahang di sini hari ini.

 

Tapak pelupusan sampah di Jalan Pintas Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum di Kuala Krau, Temerloh yang sudah dibersihkan serta-merta awal pagi ini. -FOTO: NSTP

Dalam kes terbabit, beliau berkata, pelaku boleh didakwa mengikut pelaku boleh didakwa mengikut Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Akta 672) kerana melonggokkan sisa pepejal terkawal di kawasan yang tidak dibenarkan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, pelaku akan didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau boleh di penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Bagi pihak yang menyediakan tapak pelupusan itu juga boleh dikenakan tindakan. Kita akan mengambil tindakan tindakan berdasarkan bidang kuasa SWCorp,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial gambar puluhan kampit, beras tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum.

Gambar tular tapak pelupusan sampah di Jalan Pintas Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum di Kuala Krau, Temerloh semalam. – FOTO: Tular

Difahamkan, gambar itu mula tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial Facebook dan Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Ia menyebabkan netizen memberi komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengenai kejadian itu.

Berdasarkan gambar tular, ada pihak mengambil tindakan membakar barangan terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini