comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu ‘energy stick’ KKM kenal pasti tindakan boleh ambil

Energy stick

KANGAR: Isu penjualan produk penyedut hidung atau ‘energy stick’ yang semakin banyak penggunaannya dalam kalangan kanak-kanak sekolah, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melakukan pemantauan rapi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya juga sudah dihubungi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung isu berkenaan.

“Namun, di pihak KKM pula, sudah pasti kita akan melihat apakah bentuk tindakan dan peraturan yang kita boleh ambil untuk mengelakkan ‘nasal inhaler’ ini daripada terus dijual di pasaran kerana ia menyerupai ‘vape’ dan boleh memudaratkan kesihatan terutama kanak-kanak.

 

“Perkara ini masih baru dan kita tiada data penggunaan produk ini dalam kalangan kanak-kanak namun kita sedang memantau secara rapi isu ini,” katanya selepas melancarkan Wellness Hub Pusat Transormasi Bandar (UTC) Perlis dan Program Advokasi Mengurangkan Gula serta Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Perlis di sini, hari ini.

Lukanisman berkata, kenyataan selanjutnya berhubung isu berkenaan akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini