comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu HRD Corp: 10 individu dirakam keterangan

Pegawai penyasat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa keluar kotak yang berisi dokumen Selasa lalu di Menara HRD Corp, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Kesemua 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) susulan pendedahan laporan Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mereka terdiri daripada HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mula tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sekitar jam 10 pagi tadi.

“10 individu terbabit sudah hadir beri keterangan,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Terdahulu, beliau memaklumkan, proses mengambil keterangan sepatutnya dibuat semalam tetapi ditangguhkan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, pegawai penyiasat SPRM memasuki bangunan KESUMA di sini serta ibu pejabat HRD Corp di ibu negara dan mengambil dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan.

Hishamuddin dilapor berkata, fokus siasatan tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.

Pada Khamis lalu, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mengesyorkan KESUMA merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan berkaitan berikutan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat dari 2019 sehingga tahun lalu.

Wan Suraya berkata, ada tindakan serta keputusan yang diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat serta KESUMA perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.

PAC pada hari sama mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini