comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu jemur murid: KPM serah kepada polis untuk siasatan 

KEPALA BATAS: Kementerian Pendidikan(KPM) menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan berhubung kes murid tahun lima yang diserang strok haba selepas didakwa seorang guru mendenda murid terbabit dengan berjemur di bawah matahari terik, baru-baru ini.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM turut melakukan siasatan dalam mengikut tatacara yang ditetapkan.

“Siasatan dilaksanakan di peringkat JPN, ada memang ada, kita ada proses SOP dilakukan ikut tatakerja tatacara ditetapkan di peringkat KPM tapi bila dah ada laporan polis kita serahkan tindakan lanjut kepada pihak polis,” katanya

Media sebelum ini melaporkan, seorang murid berusia 11 tahun itu kini mempunyai masalah kesihatan berkaitan saraf dipercayai akibat strok haba setelah terpaksa berjemur selama tiga jam di tengah padang di bawah terik cahaya matahari.

Susulan insiden itu, Gerakan Guaman Rakyat(GEGAR) mendesak Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Hulu Langat mengambil tindakan segera terhadap pihak sekolah dan guru terbabit.

Fadhlina sebelum ini memberi jaminan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab dalam kes murid selain menyatakan pendirian KPM yang tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan warga sekolah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini