comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu kekurangan jurutera akan ditangani melalui pemerkasaan program TVET – Anwar

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Kerajaan akan memperkasa dan mempertingkatkan program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menangani isu kekurangan jurutera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri memaklumkan negara mengalami kekurangan seramai 30,000 jurutera.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan untuk memberi ruang kepada generasi muda di Kelantan untuk turut sama menguasai bidang TVET.

“Saya beri jaminan kepada kerajaan Kelantan baik melalui TVET atau latihan kejuruteraan serta teknologi kecerdasan buatan (AI), kita akan beri ruang sama kepada anak muda di negeri ini untuk menguasai bidang ilmu ini.

“Kita tidak mahu mereka (anak muda Kelantan) dan negeri lain ketinggalan memandangkan Malaysia mempunyai keupayaan dalam bidang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kelantan di sini, hari ini.

Loading...
Terkini