comscore
Tumpuan :
Nasional

JAINJ akan tetap teruskan siasatan ‘sejadah mini’

KOTA TINGGI: Siasatan terhadap laporan alas kaki tertera gambar Kaabah yang didakwa sejadah mini akan tetap diteruskan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Mohd Khalid meskipun pihak pasar raya berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa ianya sejadah mini, namun bimbang sikap tidak prihatin rangkaian pasar raya besar terkemuka terbabit.

Katanya berdasarkan gambar tular, susunan tanda nama barang jualan yang ditempatkan sejadah mini, bersama label alas kaki.

“Saya ucap terima kasih atas kenyataan itu tetapi saya hanya boleh mendengar sahaja.

Tindakan lanjut saya akan meminta diteruskan siasatan, soal ada kes ataupun tak ada kes itu bukan bidang kuasa kita.

“Pihak polis juga telah pun memulakan tindakan siasatannya ketika hari kejadian tersebut viral. Rampasan juga telah dibuat.

“Kalau awak (pihak pasaraya) tahu sejadah itu mulia kenapa diletakkan sekali (bersama alas kaki). Saya ada gambar dan maklumatnya.

“Namun kenyataan yang mereka keluarkan itu saya boleh dengar sahaja, sebagai agensi penguatkuasa dan agensi agama di negeri Johor saya akan bersifat bertanggungjawab kepada agama saya terlebih dahulu sebelum saya menimbangkan keterangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di Sekolah Agama Kota Tinggi, Jalan Idris, Taman Sri Lalang, di sini hari ini.

Menurut Mohd Fared, pihaknya meminta perbetulkan dakwaan bahawa kepingan itu adalah sejadah mini, berikutan kedudukan Kaabah di sejadah tersebut berada di tempat yang tidak sepatutnya

“Saya tidak pernah nampak sejadah yang gambar Kaabah di hujung-hujung ataupun separuh sahaja.

“Walaupun sejadah mestilah memperlihatkan rupa bentuk sejadah itu sendiri kalau dia ada gambar Kaabah letak di tengah-tengah, kalau tidak reti hendak mereka bentuk jangan cuba untuk mereka bentuk.

“Tanyalah JAINJ sebelum awak menjual ataupun bertanyalah kepada agensi kerajaan berkaitan agama,” katanya.

Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semerah berkata sensitiviti agama tidak hanya boleh dijelaskan dengan keterangan semata-mata diatas sekeping kertas kerana ianya melibatkan kemuliaan agama itu sendiri dan perasaan semua umat Islam.

Katanya difahamkan sejadah tersebut juga dikeluarkan syarikat bumiputera tempatan.

“Sangat memalukan sebagai orang tempatan yang tidak tahu rupa sejadah yang sebenar.

“Kita sangat berdukacita perkara ini selepas satu-satu jadi adakah ianya disengajakan ataupun tidak saya tak boleh membuat sembarang keputusan tetapi sebagai exco agama kita akan memberikan penjelasan dan penerangan serta didikan kepada semua pihak. Kita akan memanggil mereka dan membuat sesi libat urus supaya tidak lagi berlaku perkara seperti ini.

“Sesi ini akan diadakan secepatnya. Hari ini akan ada kenyataan bersama Menteri Agama dan juga saya pertama kalinya dibuat ianya adalah kenyataan yang bersifat tegas tetapi memberikan penjelasan kepada orang-orang Islam supaya bertenang dan menyerahkan semua tanggungjawab ini kepada badan-badan agama negeri dan pusat pada masa yang sama memberikan amaran kepada semua pihak supaya sentiasa menghormati sensitiviti umat Islam dan juga agama-agama lain,” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini