comscore
Tumpuan :
Nasional

Jalan Petaling dalam senarai 10 teratas menarik di dunia

KUALA LUMPUR: Jalan Petaling, Kuala Lumpur tersenarai antara 10 jalan paling menarik di dunia, bersama beberapa lagi jalan antaranya di Texas, Amerika Syarikat, Melbourne, Australia dan Tokyo, Jepun, yang dipilih oleh syarikat media global, Time Out.

Berdasarkan laporan CNN, Jalan Petaling berada di tangga ke enam, manakala tempat pertama pula menjadi milik High Street, Melbourne, Hollywood Road, Hong Kong (nombor dua) dan East Eleventh, Austin, Texas (nombor tiga).

Jalan menarik lain yang dipilih ialah Guatemala Street, Buenos Aires, Argentina; Commerical Drive, Vancouver, Kanada; Rua da Boavista, Lisbon, Portugal; Arnaldo Quintela, Rio de Janeiro, Brazil; Chazawa-dori, Tokyo, Jepun dan Consell de Cent, Barcelona, Sepanyol.

Menurut CNN, Time Out menganggap kriteria tarikan seperti banyak restoran, bar, kafe dan barangan tidak dapati di tempat lain boleh dijadikan kayu ukur untuk diangkat sebagai jalan paling menarik.

Selain itu, Time Out turut mengambil kira tawaran lain seperti budaya, tarikan pada waktu malam dan semangat kemasyarakatan secara keseluruhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini