comscore
Tumpuan :
Nasional

Jambatan Francis Scott Key runtuh: Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada

FOTO: Reuters

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati susulan jambatan Francis Scott Key di bandar berkenaan runtuh semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang telah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C. memantau rapat perkembangan susulan keruntuhan jambatan Francis Scott Key.

“Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C. sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C. di alamat 3516 International Ct NW, Washington, DC 20008.

Mereka juga boleh menghubungi kedutaan di talian +1 (202) 375 4396 atau e-mel [email protected].

FOTO: Reuters

Semalam, sebuah kapal kargo yang berdaftar di Singapura dan sarat dengan muatan, kehilangan kuasa lalu merempuh tiang sokongan jambatan utama di Baltimore itu, selepas ia gagal dalam cubaan untuk berhenti tepat pada masanya.

Enam orang anggota kru pembinaan waktu malam yang membaiki jalan berlubang di jambatan tersebut hilang dan dikhuatiri maut, menurut pegawai dan laporan media.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan agensi lain menegaskan, setakat ini, tiada maklumat kejadian dikaitkan dengan keganasan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini