comscore
Tumpuan :
Nasional

Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu

FOTO:  Arthur Joseph Kurup/ Facebook

KOTA KINABALU: Jasad Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mendiang Tan Sri Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu sekitar jam 11.20 malam tadi.

Penerbangan membawa mendiang yang pada awalnya dijadualkan pada jam 9.15 pagi ditunda susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.

Jasad mendiang akan dibawa ke Fook Lu Siew Coffin Supplies Sdn Bhd, bagi urusan dan sesi penghormatan terakhir yang diadakan pada sebelah petang esok.

Difahamkan, upacara penghormatan bagi tetamu kenamaan dan orang ramai dijadualkan bermula pada jam dua petang hingga lapan malam.

Media sebelum ini melaporkan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Mendiang yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bersara daripada politik pada Januari tahun lalu selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini