comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut langgar tiang pembahagi jalan

Oleh: Safwan Sawi

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas lalu melanggar tiang pembahagi jalan di Bulatan Yue Min, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan menghala Donggongon dan melanggar tiang kiri pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HQE1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Sammy, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta saksi kejadian tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan.

“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan dan memandu secara berhemah bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Loading...
Terkini