comscore
Tumpuan :
Nasional

Jemaah haji Malaysia dijemput sebagai Tetamu Khaadimul Haramain Al-Syareefain Malaysia

FOTO: NSTP

JEDDAH: Empat jemaah haji Malaysia dijemput sebagai Tetamu Khaadimul Haramain Al-Syareefain Malaysia 1444 Hijrah, di kediaman rasmi Putera Mahkota Saud Khalid Al Faisal , di sini.

Pertemuan hampir dua jam itu, membincangkan beberapa cadangan kerjasama dibuat antaranya berkaitan dakwah, ‘Halaqa’ Masjid Nabawi, pelancongan patuh syariah dan pendigitalan mushaf Al-Quran berserta terjemahan teks dan audio yang merangkumi beberapa bahasa utama.

Empat jemaah Malaysia yang dijemput ke Istana Gabenor ialah Mohd Izzairi Yamin dari TheNoor iaitu sebuah aplikasi gaya hidup Muslim komprehensif; Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mewakili Yayasan NurJiwa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu kumpulan tersasar memerlukan bantuan di dalam dan luar negara; Saifullah Zulkifli dari Myzone Group, syarikat pelaburan hartanah yang aktif menjalankan peniagaan jual beli dan pengurusan hartanah dan bagi memberikan input dan idea mengenai impak medium teknologi digital kepada masyarakat Muslim; dan Mior Azlan dari Rev Media Group, Media Prima.

Loading...
Terkini