comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Allahyarham Tun Hanif dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara

Jenazah Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar disembahyangkan di Masjid Negara dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan. FOTO: NSTP

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammad Hanif Omar dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Damansara jam 2.35 petang ini.

Terdahulu jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negara jam 11.08 pagi untuk disembahyangkan selepas solat Zohor.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPN Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

FOTO: NSTP

Terdahulu Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 2.15 pagi di rumah keluarga akibat sakit buah pinggang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini