comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah enam sekeluarga mangsa nahas dituntut waris 

 

SEGAMAT: Jenazah enam sekeluarga mangsa kemalangan tragis di Kilometer 5, Jalan Segamat – Kuantan petang semalam, sudah dituntut waris pagi tadi.

Jenazah kesemua mangsa dibawa dengan van jenazah ke Muar untuk dikebumikan di Parit Jawa dijangka jam tiga petang ini.

Terdahulu, proses bedah siasat selesai dilakukan kira-kira jam 11 pagi.

Kemalangan ini mengorbankan pemandu Peroda Alza, Amir Ruddin Ismail, 46 tahun, isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43 tahun dan empat anak mereka iaitu Fatimatulzahrah, 17,  Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Ansyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Artikel berkaitan: Lori terbabas punca nahas maut 6 sekeluarga 

Seorang lagi anak pasangan itu, Abdullah Amir Ruddin, 15 tahun dan pemandu lori, 33 tahun cedera dan masih dirawat di hospital Segamat.

Keadaan mereka dilaporkan stabil.

Enam van jenazah untuk membawa jenazah mangsa kemalangan ke Kampung Parit Jawa, Muar untuk dikebumikan. – Foto: NSTP

Menurut polis, nahas berpunca daripada sebuah lori muatan pasir yang terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta mangsa.

Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Loading...
Terkini