comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah lelaki serang balai polis, bunuh anggota dikebumikan

 

Foto: NSTP

ULU TIRAM: Jenazah lelaki penyerang Balai Polis Ulu Tiram Jumaat lalu dikebumi pada jam 12.30 tengah hari ini di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram di sini.

Pengebumian bagaimanapun hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai dan anggota polis yang memantau keadaan sekitar.

Bagaimanapun pengamal media yang hadir bagi membuat liputan dihalang pihak berkuasa dan dinasihati tidak menghampiri khemah perkuburan yang disediakan.

Ketua Kampung Sungai Tiram, Muhamad Mohamed Som, 66, berkata, pihaknya dimaklumkan Pejabat Kadi Daerah untuk menjarakkan lokasi kubur suspek berbanding kubur orang awam lain.

Menurutnya, oleh itu pihaknya menyediakan tapak kubur di hujung kawasan tanah perkuburan berkenaan.

Jumaat lalu, dua anggota polis maut selepas Balai Polis Ulu Tiram diserang seorang lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng.

Suspek turut merampas senjata api anggota polis yang dibunuhnya.

Serangan itu turut mencederakan seorang lagi anggota polis, sebelum suspek maut ditembak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini