comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Muhammad Akil Syauqi telah dituntut keluarga

FOTO: NSTP

GEORGE TOWN: Jenazah Muhammad Akil Syauqi, 3 tahun, kanak-kanak yang maut selepas termakan makanan ringan dipercayai bercampur racun tikus, telah dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat hari ini.

Jenazah kanak-kanak itu dituntut ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, kira- kira jam 4.05 petang bagi pengebumian di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Bedah siasat berkenaan dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, di sini.

Nurain berkata, beliau bersyukur kerana urusan penghantaran pulang jenazah dipermudah.

“Urusan penghantaran dilakukan individu yang menguruskan jenazah secara percuma. Alhamdulillah, Tuhan saja yang dapat balas.

“Saya pulang ke kampung mengiringi jenazah dan akan kembali ke hospital sebaik semuanya selesai bagi mengikuti perkembangan anak bongsu (Muhammad Luth Syauqi),” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, menghembus nafas terakhir jam 8.30 pagi tadi.

Adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik hospital yang sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini