comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Tun Abdul Taib diberikan penghormatan terakhir di Masjid Negara

Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud diberi penghormatan terakhir di Masjid Negara – . FOTO: NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud ditempatkan di dewan khas Masjid Negara bagi sesi penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah selesai disolatkan sekitar jam 10.35 pagi yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni Iman.

Jenazah Allahyarham kemudian akan dibawa menuju ke Pangkalan Udara Subang pada jam 1 tengah hari untuk diterbangkan ke Kuching bagi sesi penghormatan terakhir peringkat negeri.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 4.40 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).

Jenazah Allahyarham dijadual dikebumi di Tanah Perkuburan Demak esok selepas solat Zohor.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan hari ini dan esok sebagai tempoh berkabung bagi memberi penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib.

Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud disolatkan di Masjid Negara- FOTO: NSTP

Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak mula berkecimpung dalam dunia politik sejak tahun 90an.

Selain itu, beliau juga pernah memegang beberapa portfolio penting dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, beliau juga antara individu awal yang melakukan transformasi pembangunan dan ekonomi di Sarawak.

Turut hadir di Masjid Negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, serta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini