comscore
Tumpuan :
Nasional

Jerebu di Pulau Pinang makin buruk hampiri bacaan tidak sihat

GEORGE TOWN: Situasi jerebu di seluruh Pulau Pinang setakat pagi ini dilapor semakin buruk dengan jarak penglihatan menurun berbanding semalam.

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat stesen cerapan indeks pencemaran udara (IPU) di negeri berkenaan merekodkan bacaan sederhana yang mana Seberang Jaya mencatatkan bacaan paling tinggi dan menghampiri kualiti udara tidak sihat iaitu 93 setakat jam 9 pagi.

Manakala tiga lagi stesen IPU mencatatkan tahap kualiti udara sederhana termasuk di stesen Seberang Perai (90); Minden (83) dan Balik Pulau (80).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 petunjuk kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini