comscore
Tumpuan :
Nasional

Jerebu : Tiga kawasan di Sarawak IPU tidak sihat

KUCHING: Sarawak kembali dilanda jerebu dengan tiga kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman, Samarahan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian masing-masing mencatat bacaan IPU 111,151 dan 157 setakat jam 11 pagi tadi.

Bacaan IPU di Sri Aman kekal tidak sihat dengan terdapat peningkatan bacaan daripada 105 pada jam 7 pagi tadi kepada 111.

Manakala di Samarahan, IPU yang direkodkan sederhana semalam bertukar kepada tidak sihat (IPU 105) jam 5 pagi tadi dan kemudian naik kepada 151.

Peningkatan bacaan IPU di IPD Serian pula mula dikesan jam 11 malam tadi dan terus meningkat kepada bacaan tertinggi, 157.

Tinjauan Buletin TV3 di Badaraya Kuching dan Kota Samarahan mendapati jerebu mula kelihatan sejak awal pagi dan berlarutan hingga ke tengahari walaupun hujan dari jam 6 pagi hingga 9 pagi di kedua-dua kawasan.

Menurut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat),  201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (sebagai berbahaya).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini