comscore
Tumpuan :
Nasional

Jerebu: IPU Sri Aman kembali tidak sihat

SRI Aman. – Foto: NSTP

KUCHING: Kualiti udara di Sri Aman berada pada tahap tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 108 bermula 10 malam tadi.

Bacaan IPU di stesen itu terus meningkat setiap jam sehingga mencecah 126 pada 6 pagi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), 12 lagi stesen di Sarawak berada pada tahap hijau iaitu bacaan IPU sederhana.

Stesen IPD Serian (MCAQM) mencatat bacaan tertinggi iaitu 96 diikuti Samarahan (84), Kuching (83), Sarikei, Kapit dan Bintulu (77), Mukah (75), Sibu (74), Limbang (70), Samalaju (68), Miri (66) dan ILP Miri (64).

ARTIKEL BERKAITAN| 

Loading...
Terkini