comscore
Tumpuan :
Nasional

Jerebu: Cheras, Kuala Selangor antara 10 kawasan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan antara 101 hingga 200, setakat jam 3 petang, hari ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS),  IPU tertinggi direkodkan di Cheras (154), diikuti di Kuala Selangor (153), manakala di Petaling Jaya, Selangor dan Batu Muda (Kuala Lumpur) masing-masing merekodkan IPU 152.

Dua lagi kawasan di Selangor yang turut dilanda jerebu adalah Shah Alam dengan bacaan semasa, 133 dan Johan Setia (151).

Tangkap layar di laman seswang APIMS

Selain itu, dua kawasan lain di Perak merekodkan IPU tidak sihat iaitu Taiping (142) dan Tasek Ipoh(103).

Di Putrajaya, bacaan IPU berada di paras 107, manakala Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan 139.

Sementara itu, 56 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana (51 hingga 100).

Antara kawasan berkenaan Tanjung Malim, Perak dengan bacaan 87, Seremban, Negeri Sembilan (91), Rompin, Pahang (70) dan Pegoh, Perak (88).

Hanya dua kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU baik iaitu di Sibu, Sarawak dengan bacaan 43, manakala Kimanis, Sabah, iaitu 26.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini