comscore
Tumpuan :
Nasional

Penjagaan tiga beradik mangsa dera diputuskan selepas siasatan polis

 

Oleh Abu Zaidi Abu Bakar

LUNDU: Jabatan Kebajikan Masyarakat masih menunggu siasatan polis selesai sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut berhubung penjagaan tiga beradik yang disyaki mangsa dera di Perlis.

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sementara menunggu siasatan polis dilengkapkan, pihaknya mengambil langkah awal termasuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak terbabit.

”Biasanya kami kalau kami hantar  mangsa-mangsa ini di tempat perlindungan memang kami perlu rahsiakan. kami perlu lindung dari pada pihak yang telah melakukan sesuatu yang  tidak baik kepada mereka. kami tidak mahu mereka tahu dimana  mereka ini dilindung”.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengahadiri Program Kasih Ramadan Yayasan Kebajikan Negara di Lundu.

Semalam Buletin TV3 melaporkan tiga beradik berusia 13 hingga 16 tahun ditemui orang awam dalam keadaan kaki masih berantai di tepi jalan di Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat.

Semasa ditemui, dua daripada mangsa dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang lagi tidak dirantai.

Hasil semakan polis mendapati dua daripada mangsa memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu bagi masalah pendengaran dan pembelajaran.

Loading...
Terkini