comscore
Tumpuan :
Nasional

Penderaan seksual kanak-kanak, kes paling banyak dikendalikan JKM

KUALA LUMPUR: Penderaan seksual terhadap kanak-kanak adalah kes tertinggi dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan 1,603 kes sehingga Ogos lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia diikuti dengan kes pengabaian terhadap kanak-kanak dengan 1,530 kes.

Katanya, JKM juga mengendalikan sebanyak 1,240 kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak, 614 faktor lain-lain, 156 kes dibuang atau tiada ibu bapa dan 73 kes penderaan emosi.

“Kanak-kanak yang diselamatkan ini ada yang masih ditempatkan di institusi JKM dan ada yang ditempatkan bersama ibu bapa peliharaan,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) mengenai statistik kanak-kanak didera yang memerlukan perlindungan di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, kanak-kanak ini juga ada yang kembali ke pangkuan keluarga mereka.

“Ia setelah dinilai bahawa keadaan dalam keluarga mereka tidak lagi mendatangkan risiko yang memudaratkan kepada kanak-kanak terbabit,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN 

Loading...
Terkini