comscore
Tumpuan :
Nasional

JKR tutup pusingan U, lokasi ragut nyawa pelajar pagi semalam

BATU PAHAT : Susulan kemalangan yang meragut nyawa seorang pelajar tingkatan lima di KM13.5, Jalan Kluang ke Batu Pahat pagi semalam, Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah di sini mengambil tindakan menutup pusingan U dengan meletakkan bongkah konkrit.

Kerja-kerja meletakkan bongkah konkrit terbabit siap jam 12 tengahari tadi, dengan dipantau pasukan polis trafik ibu pejabat Polis Kontinjen Johor dan Batu Pahat.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan JKR daerah, keputusan itu dibuat bagi mengelak kejadian sama berulang.

Difahamkan kemalangan pagi semalam bukan kes pertama yang dilaporkan di lokasi berkenaan.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi semalam, pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Sri Gading maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh bahagian kiri sebuah lori yang membuat pusingan U.

Akibat kejadian itu mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi.

Pemandu lori telah ditahan dan direman selama 4 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Loading...
Terkini