comscore
Tumpuan :
Nasional

Johor bakal jadi penyumbang utama industri sarang burung walet

ISKANDAR PUTERI: Johor bakal jadi penyumbang utama kepada pertumbuhan industri sarang burung walet di Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, melalui pusat bersepadu yang bernilai RM6.6 juta yang dibangunkan oleh syarikat Glyken International Berhad (Glyken), akan merancakkan lagi aktiviti penyelidikan selain menyatukan teknologi Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) dengan aplikasi bioteknologi dalam proses pembuatan.

Ujarnya, ia sekaligus menyokong pertumbuhan industri sarang burung walet di negara ini.

MOSTI menetapkan sasaran pasaran eksport sebanyak 350,000 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion menjelang tahun 2030.

“Saya yakin Glyken mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 10 jenis produk berasaskan sarang burung walet yang dianggarkan bernilai sejumlah RM 25 juta setahun” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MOSTI sempena pelancaran platform pemasaran berasaskan kodQR untuk mikro-keusahawanan yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian produk kepada pelanggan

Chang berkata, Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menyediakan khidmat nasihat teknikal, sokongan pembiayaan dan infrastruktur.

Ketua Pegawai Eksekutif Bio-economy Corporation, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak berkata, platform mikro-keusahawanan itu dijangka akan menarik setengah juta pengguna menjelang Disember tahun ini.

Penubuhan pusat bersepadu itu juga mencipta peluang pekerjaan baru, terutamanya pekerja berkemahiran tinggi dan separa mahir di kalangan rakyat Johor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini