comscore
Tumpuan :
Nasional

JPJ sasar kutipan hasil lebih RM5b sehingga akhir tahun ini

Datuk Zailani Hashim ketika merasmikan Rumah Kios dan Sambutan Aidilfitri Peringkat JPJ Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kutipan hasil lebih RM5 bilion hingga hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata jangkaan itu berdasarkan beberapa program serta inisiatif pendigitalan yang dilancarkan oleh jabatan itu baru-baru ini.

Hasil kutipan terbesar JPJ setiap tahun disumbangkan oleh cukai jalan dan proses pembaharuan Lesen Kenderaan Motor LKM iaitu lebih 60 peratus.

Datuk Zailani Hashim ketika merasmikan Rumah Kios dan Sambutan Aidilfitri Peringkat JPJ Terengganu.

“Tahun lepas JPJ berjaya kutip RM4.92 bilion, tahun ini kita yakin mampu kutip lebih RM5 bilion mengambil kira inisiatif dan program pendigitalan yang dilancarkan JPJ”

Datuk Zailani berkata demikian selepas merasmikan Rumah Kios dan Sambutan Aidilfitri Peringkat JPJ Terengganu.

Jelasnya, setakat ini terdapat 201 Rumah Kios JPJ di seluruh negara dan hingga kini sebanyak RM120.7 juta hasil berjaya diperoleh menerusi perkhidmatan itu.

Sehingga 12 Mei lalu, seramai 9,564 pemilik lesen telah memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh maksimum 10 tahun dengan memperolehi diskaun sebanyak 10 peratus.

Loading...
Terkini