comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,024 setakat jam 8 malam tadi

Keadaan paras air Sungai Kota Tinggi setakat tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,024 orang di 13 pusat pemindahan sementara, PPS setakat 8 malam tadi berbanding 330 orang di tujuh PPS pada jam 2 petang.

Semakan di laman web Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA mendapati PPS yang terlibat ialah empat di Johor Bahru yang menempatkan 404 mangsa; enam di Kota Tinggi (348 mangsa); dua di Mersing (212 mangsa) dan satu di Kluang (60 mangsa).

Menurut NADMA, status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai mencatat paras bahaya iaitu Sungai Endau, Kluang, Johor 14.57 meter dan dengan trend aliran meningkat; Sungai Perak, Hulu Perak, Perak (112.06m dengan trend menurun) dan Sungai Arau, Arau Perlis (23.47m) dengan trend meningkat) setakat malam ini.

Laporan itu juga menyatakan terdapat 26 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

Jalan terlibat antaranya Jalan Raya Timur Barat, JRTB Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak; Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini