comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di PPS Pasir Mas turun kepada 2,149

Foto hiasan

KOTA BHARU: Setakat 9 pagi ini, jumlah mangsa banjir termenung yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas terus berkurangan kepada 2,149 orang daripada 665 keluarga.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, jumlah itu menurun berbanding 2,316 orang daripada 729 keluarga seperti yang direkodkan malam tadi.

Kesemua mangsa berlindung di sembilan PPS iaitu Sekolah Kebangsan (SK) Gual Tinggi, SK Gual To’Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dan SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini