comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemaman, Dungun dilanda bah, 3 lagi PPS dibuka di Kelantan

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin buruk dengan Kemaman dan Dungun menjadi daerah terbaharu dinaiki air menjadikan jumlah mangsa dipindahkan mencecah 1,182 orang, setakat jam 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Kemaman membabitkan 299 keluarga.

Mangsa banjir di Kelantan turut meningkat kepada 1,366 orang.

Kesemua mangsa daripada 374 keluarga  kini berlindung di 21 PPS di empat daerah iaitu di Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Machang.

Foto: NSTP

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, Sungai Semerak di Bachok melepasi paras amaran dengan bacaan 8.44 meter (m) berbanding paras normal 6m.

Empat sungai lagi melepasi paras waspada iaitu Sungai Nal di Kuala Krai (23.6m), Sungai Kusial di Tanah Merah (12.58m), Empangan Bukit Kwong (17.29m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.09m).

Loading...
Terkini