comscore
Tumpuan :
Nasional

Jurufoto wanita dakwa 8 tahun diganggu ‘stalker’

Foto tangkap layar ciapan Twitter Acacia Diana

KUALA LUMPUR : Seorang jurufoto wanita dikenali sebagai Acacia Diana mendedahkan dirinya diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenali sejak lapan tahun lalu.

Menerusi pendedahan yang dibuat di media sosial Twitter, Acacia mendedahkan dia kini hidup dalam ketakutan apabila lelaki terbabit menganggap mereka berdua sedang menjalin hubungan.

Lelaki terbabit turut menghantar mesej kepadanya dan menganggap semua perkara yang dilakukan dan dimuat naik di media sosial sebagai tanda wanita itu sedang berkomunikasi dengannya.

Menurut Acacia lagi, lelaki yang mengekorinya sebelum ini pernah ditahan di United Kingdom namun dibebaskan buat sementara waktu bagi menunggu tarikh mahkamah.

Wanita berkenaan juga meminta pihak polis untuk mengambil tindakan segera terhadap lelaki terbabit.

Dia turut menggesa orang ramai yang mengenali lelaki tersebut atau ahli keluarganya untuk menasihati suspek bagi mendapatkan pertolongan segera.

Pendedahan yang dibuat oleh Acacia tular di media sosial sejak semalam.

Ia turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang menggesa Acacia untuk menyerahkan bukti termasuk laporan polis dan tangkap layar ke e-mel rasmi kerajaan untuk tindakan lanjut.

Tindakan menghendap baru-baru ini telah dikategorikan sebagai jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda atau kedua-duanya di bawah pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah.

Rang Undang-Undang berkaitan jenayah intip dan hendap mula berkuatkuasa pada 31 Mei lalu di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini