comscore
Tumpuan :
Nasional

Juruteknik audio TV3 meninggal dunia

KOTA DAMANSARA: Juruteknik audio TV3, Azman Hassan, 53 atau lebih mesra dipanggil Man Audio dalam kalangan rakan media, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Kakak Allahyarham, Hamudah Hassan berkata, pada jam 11 malam tadi, Azman dikatakan muntah-muntah sebelum pengsan.

Ahli keluarga kemudian menghubungi ambulans dan membawanya ke Hospital Sungai Buloh.

Allahyarham bagaimanapun menghembuskan nafas terakhirnya di wad kecemasan hospital itu pada jam 12.25 pagi.

Menurut Hamudah, Azman tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia mempunyai masalah kesihatan.

Allahyarham meninggalkan balu, Roslina Ramli, 45 tahun dan lima anak.

Bacaan Yassin dan Tahlil oleh ahli keluarga dan rakan sekerja.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, di sini jam 2 petang tadi.

Turut hadir, ahli keluarga dan rakan sekerja.

Loading...
Terkini