comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mogok doktor kontrak: Saya tidak menunggu lama pun – pesakit

 

Oleh Khairul Rizuan Azizan

SUNGAI BULOH: Pesakit di Hospital Sungai Buloh di sini mendakwa menunggu dan menerima rawatan seperti biasa hari ini di sebalik aktiviti mogok yang dirancang oleh kumpulan doktor kontrak di negeri ini.

Tinjaun krew Buletin TV3 di hospital berkenaan sejak jam tujuh pagi tadi, mendapati tiada demonstrasi dilakukan dan urusan pesakit berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Bagaimanapun, pihak hospital dilihat turut menempatkan beberapa pengawal keselamatan di pintu masuk utama, selain petugas media juga tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan hospital.

Seorang pesakit yang ditemui ketika baru selesai menerima rawatan di hospital berkenaan, Abdul Ghani Ahmad Mokhtar berkata, rawatan yang diterimanya berjalan seperti biasa.

“Sepanjang tadi, takda apa-apa pun. Orang macam biasa sahaja. Operasi pun macam biasa. Pakcik tengok semua ok,” katanya.

Perkara sama turut diakui Mohd Haidir Mohd Yusuf yang mendakwa bilangan kakitangan dan doktor di hospital berkenaan pada hari ini juga mencukupi.

“Saya yakin tidak semuanya (doktor kontrak) macam itu. Mungkin jumlahnya hanya segelintir. Mereka (doktor kontrak) kena ingat balik apa tujuan asal mereka sertai perkhidmatan ini. Sudah pastilah untuk menyelamatkan nyawa orang,’ katanya.

Semalam, tular di media sosial kira-kira 10,000 hingga 12,000 doktor kontrak di seluruh negara didakwa akan menyertai mogok berkenaan.

Kumpulan itu antara lain mendesak semua doktor kontrak diberikan jawatan tetap, kenaikan gaji asas dan kadar bayaran on-call dan penyelesaian untuk isu kekurangan tenaga kerja.

Justeru, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa meminta pengarah kesihatan negeri dan hospital di seluruh negara agar berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Loading...
Terkini