comscore
Tumpuan :
Nasional

Kabinet setuju permudahkan syarat program MM2H

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika di majlis Santuni Kasih Ramadan di perkarangan Masjid Jamek, Pekan Layang-Layang petang tadi.

KLUANG: Kabinet bersetuju meminda beberapa syarat permohonan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dalam usaha meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan, Seni dan Budaya di Putrajaya, semalam.

Jelasnya, antara pindaan itu ialah Jabatan Imigresen akan mempermudahkan permohonan terutama dari segi aspek keselamatan dengan setiap permohonan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.

Beliau ditemui selepas majlis Santuni Kasih Ramadan di perkarangan Masjid Jamek, Pekan Layang-Layang di sini petang tadi.

Ujarnya lagi, visa dibenarkan untuk disambung dalam tempoh 5 tahun sekali.

Tambah Ahmad Zahid, kerajaan turut menetapkan bahawa moratorium syarat hartanah yang dibeli tidak boleh dijual sebelum tempoh matang, selama 10 tahun.

Kemudahan pendidikan untuk anak-anak mereka akan disediakan pihak kerajaan.

Tegas Ahmad Zahid, keputusan itu dibuat sebagai penambahbaikkan kepada syarat sedia ada.

Tambahnya, untuk Johor termasuk Forest City di Iskandar Puteri, perubahan turut meliputi kelonggaran pemilikan dengan moratarium lebih mudah daripada sebelum ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini