comscore
Tumpuan :
Nasional

King Sing menghadap Sultan Johor, bincang hala tuju MM2H

Foto : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) perlu ditambah baik dari segi dasar, insentif dan manfaat supaya ia tidak membebankan.

Baginda bertitah, penambahbaikan itu penting untuk menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama.

Sebelum itu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing pada Khamis.

Pertemuan di Istana Bukit Serene itu berlangsung selama hampir dua jam.

Dalam pada itu King Sing berkata, pada sesi menghadap itu Sultan Ibrahim berkongsi serta menyampaikan pelbagai pandangan dan buah fikiran mengenai MM2H.

Beliau berkata, pandangan-pandangan dan idea yang diberikan Sultan Ibrahim mengenai MM2H amat baik di mana ia juga penting bagi merancakkan sektor pelancongan Malaysia.

“Pada pertemuan bersama Sultan Ibrahim, baginda telah memberikan banyak idea baik dan saya yakin idea-idea ini boleh dilaksanakan sekali gus merancakkan ekonomi pelancongan kita.

“Saya akan berbincang bersama Kementerian Dalam Negeri serta pemain-pemain industri berhubung penambahbaikan MM2H serta pandangan dan nasihat yang disampaikan oleh baginda,” katanya.

Loading...
Terkini