comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak dipercayai lemas ketika mandi sungai

TANJUNG MALIM: Seorang kanak-kanak lelaki lapan tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat petang tadi.

Komander Operasi, Mohd Nazri Saidin berkata, pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 5.06 petang.

Sepasukan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tiba di tempat kejadian, seorang saksi memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mandi telah hilang dipercayai lemas.” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan oleh pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan.

Loading...
Terkini