comscore
Tumpuan :
Nasional

Kastam rampas minuman keras RM1.9 juta

 

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras dengan nilai keseluruhan lebih RM1.9 juta termasuk cukai.

Semua barangan seludup berkenaan berjaya dikesan hasil pemantauan anggota Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar dan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, kes pertama membabitkan rampasan sebuah kontena berisi minuman keras pada 16 April lalu.

Katanya, minuman keras itu yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM386,793 cuba dibawa masuk melalui Pelabuhan Sepanggar.

“Seterusnya, JKDM berjaya mematahkan tiga lagi kes cubaan menyeludup masuk minuman keras membabitkan tiga kontena pada 17 April.

“Rampasan minuman keras itu dianggarkan bernilai RM1.16 juta termasuk duti dan cukai terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, di sini, hari ini.

Katanya, pada 18 April lalu, JKDM sekali lagi berjaya merampas sebuah kontena yang didapati berisi minuman keras membabitkan nilai rampasan sebanyak RM386,793 termasuk cukai dan duti.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan mendapati semua alamat premis penerima yang diberikan tidak wujud.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 52 dan Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini