comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran bahan kimia: Bacaan udara normal

Kakitangan Kualiti Alam menjaga pintu masuk lokasi kebakaran tempat simpanan bahan kimia berjadual di pusat pengurusan sisa Cenviro Sdn Bhd (Kualiti Alam). – FOTO: NSTP

SEREMBAN: Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam Sdn Bhd mendapati bacaan udara dan gas di tapak serta kawasan sekitarnya menunjukkan keadaan normal susulan kebakaran, petang semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan Cenviro yang memiliki syarikat Kualiti Alam, Dr Johari Jalil berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menjalankan pemeriksaan terperinci bagi memastikan keselamatan fasiliti sebelum kembali melakukan operasi.

Tambahnya, ini termasuk bagi melindungi kebajikan pekerja dan komuniti sekitar.

Jelasnya, kebakaran di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam di Bukit Pelanduk, Port Dickson itu berjaya dikawal sekitar jam 8.20 malam tadi dan tidak menjejaskan operasi harian mereka.

“Ia hanya menjejaskan sebahagian kapasiti pergudangan dan tidak memberi kesan kepada operasi harian fasiliti Pusat Pengurusan Sisa (WMC) kami,” katanya, hari ini.

Foto awal ketika kebakaran di gudang penyimpanan sisa kimia milik syarikat Kualiti Alam di bawah Kumpulan Cenviro Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Port Dickson petang semalam.

Katanya, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mengenal pasti punca kebakaran.

“Pasukan Kesihatan, Keselamatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE) kami sentiasa memantau kualiti udara, dan bacaan gas di tapak dan kawasan sekitarnya, setakat ini tiada bacaan yang tidak normal,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini