comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran di Tamoi Baru; lelaki melecur, 3 rumah musnah

LAHAD DATU: Seorang lelaki dewasa cedera ringan dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Tamoi Baru, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, dua rumah separuh kekal dan sebuah rumah jenis tidak kekal musnah 100 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.04 petang.

Sepasukan 12 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.

Menurut Sumsoa, pihaknya menggunakan sumber air dari parit berhampiran bagi memudahkan operasi pemadaman.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa cedera ringan (melecur) dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Api dapat dikawal pada jam 4.19 petang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini