comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran kontena: Serbuk tembaga dipercayai punca kebakaran – Bomba

KLANG: Siasatan awal bomba mempercayai, kandungan serbuk tembaga dalam salah sebuah kontena menjadi punca kebakaran melibatkan 14 kontena secara keseluruhannya di Pelaburan Barat, Pulau Indah, semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Selangor, Wan Md Razali Ismail, ketika ini operasi diteruskan bagi memadamkan kebakaran melibatkan baki enam buah lagi kontena.

“Setakat ini masih terdapat enam kontena belum dibuka oleh pihak West Port lagi, yang tinggal baki asap dimana asap masih keluar lagi dari kontena yang disusun setinggi lima tingkat. Jadi kita perlukan kren daripada pihak West Port.

“Dia ada banyak kandungan kontena, antaranya paperboard, copper powder. Ini kita dapat maklumat kandungan itu dipercayai lithium bateri sebab kita percaya kontena ini mula terbakar sebelum merebak ke kontena lain,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3 hari ini.

Jelasnya, ruangan sempit dan susunan kontena yang tinggi menyukarkan kerja-kerja pemadaman dilakukan oleh anggota bomba.

Semalam, 14 buah kontena dilaporkan terbakar di Pelabuhan Barat, Pulau Indah di sini.

Bomba menerima panggilan kira-kira jam 1.40 petang sebelum 24 anggota bomba bersama tujuh jentera dari BBP Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Sungai Pinang, Andalas dan Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini