comscore
Tumpuan :
Nasional

Kedah rekod paling banyak daerah cuaca panas tahap satu

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: 17 daerah merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu di Semenanjung ialah Padang Terap, Kota Setar, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

Selain itu, Hulu Perak, Larut Matang dan Selama serta Kinta di Perak, selain Kuala Selangor di Selangor.

Cuaca panas tahap satu turut direkodkan bagi kawasan Jempol di Negeri Sembilan, Muar di Johor dan Pasir Mas di Kelantan.

Di Sarawak pula, cuaca sama dikeluarkan bagi kawasan Mukah dan Betong, manakala di Sabah membabitkan Beaufort dan Kinabatangan.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ .

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Loading...
Terkini