comscore
Tumpuan :
Nasional

Kedai emas dipecah masuk, kerugian dianggar RM1 juta

Kedai emas di Bahau yang dipecah masuk menyebabkan pemiliknya kerugian kira-kira RM1 juta. – FOTO: NSTP

JEMPOL: Pemilik sebuah kedai emas di Bahau menanggung kerugian kira-kira RM1 juta apabila premisnya dipecah masuk awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari pemilik premis berusia 40-an selepas dimaklumkan pekerjanya sebaik membuka kedai itu kira-kira jam 9 pagi.

Pekerjanya itu terhidu bau hangit selain melihat keadaan kedai itu dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik diperiksa banyak barang kemas yang berada di ruang pameran hilang selain pintu belakang terbuka.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti berapa nilai kerugian kerana masih dalam siasatan namun tidak menolak kemungkinan lebih RM1 juta,” katanya yang enggan nama disiarkan.

Katanya, ini kali pertama kejadian berlaku sepanjang lapan tahun membuka perniagaan emas di Bahau.

“Saya tetapkan teruskan perniagaan ini walaupun masih terkejut serta sedih dengan kejadian menimpa dan menyerahkan siasatan kepada polis,” katanya.

Selain kedai emas berkenaan, terdapat dua lagi premis di Bahau turut dipecah masuk.

Polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.

Loading...
Terkini