comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kediaman dan tiga kenderaan milik Ahli Parlimen Beruas terbakar 

FOTO: Ihsan Bomba

MANJUNG: Kediaman milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dan tiga buah kenderaannya terbakar di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar di sini, hari ini.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menerusi laman Facebooknya mengesahkan tiada kecederaan berlaku.

FOTO: Ihsan Bomba

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan, 3.05 pagi tadi.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran membabitkan tiga kereta di kawasan parkir di rumah membabitkan Mercedes E300, Honda CRV dan Toyota Hilux.

FOTO: Ihsan Bomba

“Kebakaran juga membabitkan siling dan bumbung garaj kereta.

“Tiada mangsa cedera dan operasi ditamatkan 4.44 pagi selepas kebakaran dipadamkan,” katanya, hari ini.

Loading...
Terkini